Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Afieq berkenalan dengan ‘anak ikan’?

    Pelakon Afieq Shazwan mengakui bukan mudah menggalas tanggungjawab membawakan watak sebagai seorang teman lelaki upahan dalam drama terbaharu berjudul Rampas Cintaku.

    Bagi memastikan karakter ‘anak ikan’ itu dilakonkan dengan baik, Afieq, 25, berkata dia mendekati dan berkawan dengan individu yang mempunyai pengalaman tersebut untuk memahami cara hidup mereka.

    “Saya memang tiada pengalaman sebegini. Jadi untuk tahu lebih mendalam kehidupan sebegitu saya berkenalan dengan seorang ‘anak ikan’ untuk tahu kisah yang dilalui.

    “Saya sendiri berkenalan dengan golongan ini supaya lebih tahu tentang kehidupan mereka. Saya bertanya apa yang dilalui dengan orang yang pernah ada pengalaman.

    “Apabila membaca skrip drama ini, saya melihat memang ada persamaan. Cuma di dalam drama pastinya ada tambahan elemen-elemen lebih menarik,” katanya kepada media.

    Afieq berkata dia mendekati dan berkawan dengan individu yang mempunyai pengalaman tersebut untuk memahami cara hidup mereka. – Agensi

    Afieq ditemui ketika sidang media drama tersebut yang diadakan di Kuala Lumpur pada Selasa lalu. Selain jalan cerita yang mencabar, Afieq berkata gandingannya dengan pelakon Fasha Sandha juga membuatkan dia gementar hingga terfikir untuk menolak tawaran itu pada awalnya. Bagaimanapun selepas beberapa hari berada di set penggambaran, keserasian antara mereka mula wujud dan Afieq akui tidak ada sebarang masalah untuk bekerjasama.

    “Saya hampir tolak tawaran berlakon drama ini kerana melihat kepada jalan cerita, graf watak yang saya bawakan menjadi semakin berat selepas beberapa episod.

    “Melihat gandingan bersama Fasha juga membuatkan saya terfikir perkara sama. Bagaimanapun saya terima watak ini sebagai satu cabaran dan apabila sudah bekerjasama dengan Fasha kami serasi dan tiada masalah,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Afieq berkata dia sudah bersedia jika adegan romantis yang dilakonkan bersama Fasha menjadi buah mulut dalam kalangan penonton selepas drama ini mula ditayangkan pada 23 September nanti di aplikasi iQiyi.

    “Takut juga dengan kecaman tetapi itulah yang perlu saya hadap. Ini adalah satu cabaran saya terima.

    “Kalau ada yang hendak labelkan saya sebagai anak ikan itu bermakna watak yang dibawakan menjadi. Namun saya bukanlah orang yang begitu dalam kehidupan realiti,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...