Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Afieq Shazwan syukur dapat beli kereta baharu

    Tidak perlu kereta mewah, cukup untuk keselesaan ibu, itu yang diluahkan penyanyi Afieq Shazwan apabila beliau berjaya membeli sebuah kereta jenis Honda Civic RS.

    Afieq atau nama sebenarnya Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 24, berkata, sudah lama menyimpan impian membeli kereta baharu daripada hasil titik peluhnya sebagai penyanyi.

    Menganggap semua orang mempunyai kereta idaman, Afieq berkata beliau hanya memilih kenderaan mengikut kesesuaian imej dirinya.

    “Semua orang mempunyai impian untuk miliki kereta mewah tapi bagi saya, ini sudah mencukupi. Sesuai dengan imej dan penampilan saya,” katanya kepada mStar.

    Sebelum ini, penyanyi lagu Layu Di Hujung Mekar itu berkongsi foto bersama ibu dan kereta baharu yang dianggarkan berharga RM125,000.

    Berita gembira itu dikongsikan sendiri menerusi akaun Instagram miliknya dan turut memuat beberapa keping gambar di samping ibu tercinta.

    Dalam pada itu, Afieq turut meluahkan rasa teruja apabila dapat membawa ibunya berjalan-jalan di Cameron Highland dengan menaiki kereta baharunya itu. – Agensi

    Afieq teruja bawa ibu jalan-jalan naik kereta baharu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...