Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Afifah Nasir curi perhatian peminat

    Biarpun cuba mengelakkan untuk terlibat dengan penggambaran pada bulan Ramadan, pelakon, Afifah Nasir akur dengan tuntutan kerja dan menganggap ia sebagai cabaran bergelar anak seni.

    Bintang berusia 30 tahun itu kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama 40 episod Global Station, Bukan Puteri Lindungan Bulan yang juga sedang disiarkan.

    “Kalau boleh saya memang nak elakkan terlibat dengan penggambaran pada bulan puasa, tetapi disebabkan ini adalah drama episod panjang, penggambarannya mungkin hanya akan selesai pada pertengahan April nanti.

    “Bagaimanapun, saya seronok buat drama ini kerana dapat kerja dengan pasukan yang bagus.

    “Pengarahnya, Pali Yahya juga sangat memahami dan buat kerja laju supaya kami semua dapat balik awal,” ujarnya kepada wartawan.

    Afifah selesa bekerja dengan produksi yang sama. – Agensi

    Mengulas tentang pembabitan yang dilihat kerap membintangi drama terbitan Global Station sehingga ada yang melabelkan dirinya sebagai ‘anak emas’ produksi terbabit, Afifah pantas menafikan.

    Meskipun begitu, Afifah yang juga adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu berkata, dia memang selesa bekerja dengan produksi sama kerana sudah ada keserasian dan memudahkan urusan kerja.

    “Pada mereka yang mengikuti perjalanan kerjaya saya, memang ada yang perasan saya kerap berlakon dengan Global Station. Bukan sebab ‘anak emas’, tetapi secara jujurnya saya memang selesa bekerja dengan mereka.

    “Bukan bermaksud saya menolak bekerja dengan produksi lain, cuma kebetulan banyak naskhah daripada Global yang menarik perhatian saya.

    “Sebelum menerima sesuatu tawaran, sudah pasti saya akan meneliti skrip dan jalan ceritanya terlebih dahulu dan akan pilih yang terbaik. Kalau boleh saya mahu cari naskhah yang mampu bawa saya keluar dari zon selesa,” katanya yang tampil menerusi drama pertama, Aku Bukan Bimbo pada 2016. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...