Tuesday, October 4, 2022
24.3 C
Brunei

AFL harap Liga M3 dapat lampu hijau

-

KUALA LUMPUR, 26 OGOS – Selepas terpaksa ditunda sebanyak dua kali musim ini, Liga Bola Sepak Amatur (AFL), masih berharap saingan Liga M3 dapat dijalankan selewat-lewatnya Oktober ini, demi kelangsungan liga itu yang semakin mendapat sambutan menggalakkan.

Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata antara sebab utama saingan itu perlu dijalankan, untuk memastikan proses penyingkiran dan promosi pasukan antara Liga Premier dan Liga M3 tidak terganggu dua berturut-turut.

Beliau berkata, kemungkinan besar tiada pasukan dari Liga M3 akan dipromosikan ke Liga Premier musim depan, serta tiada pasukan dari Liga Premier akan disingkirkan ke Liga M3 jika saingan musim ini turut dibatalkan.

“Keduanya untuk memastikan kelangsungan itu ada, kalau kita dapat jalankan saingan musim ini untuk tahun depan, kita ada gambaran (mengendalikan saingan liga) yang lebih jelas,” katanya yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Bernama.

“Kita (AFL) juga perlu penaja untuk bersama-sama menjayakan liga ini, jika (Liga M3) musim ini tidak dapat dilangsungkan, ia mungkin memberi maksud tidak baik sekali gus menyukarkan kita untuk dapatkan penaja, pada masa hadapan,” katanya. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -