Wednesday, January 15, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Afrika Selatan bertaruh untuk resusitasi pesakit kanser

    SEORANG juruelektrik Afrika Selatan, Phiwankosi Mkhize telah didiagnosis dengan penyakit kanser pada bulan Mei tahun lepas dan telah diberitahu oleh pihak rumah sakit untuk datang kembali bagi melakukan proses mengimbas selepas 15 bulan. Akan tetapi selepas 12 bulan, Phiwankosi telah meninggal dunia, sebelum berpeluang untuk menerima rawatan.

    Nasib lelaki yang berusia 66 tahun itu, jauh daripada kebiasaan khususnya di kawasan tenggara, KwaZulu, Natal, kawasan yang kedua terpadat di negara itu.

    Dianggarkan beratus pesakit telah meninggal dunia di kawasan itu semenjak tiga tahun lalu, sebaik sahaja perkhidmatan kanser di bawah tekanan berikutan keputusan pihak wilayah kerajaan memutuskan untuk menghentikan perkhidmatan doktor, menurut aktivis dan doktor kepada media.

    “Pesakit yang mempunyai kanser akan berpotensi selamat jika melakukan kemoterapi, akan tetapi ayah saya sudah terlambat,” kata anak perempuan Mkhize, Londiwe kepada media AFP, sehari selepas kematian ayahnya pada 7 Mei yang lalu.

    Agensi kemanusiaan Afrika Selatan berkata kebanyakan pesakit yang dibiayai oleh rumah sakit awam di KwaZulu-Natal terpaksa menunggu sehingga lima bulan ke satu tahun untuk berjumpa pakar onkologi dan lapan bulan lagi untuk radioterapi dan kemoterapi.

    Agensi kemanusiaan Afrika Selatan berkata kebanyakan pesakit yang dibiayai oleh rumah sakit awam di KwaZulu-Natal terpaksa menunggu sehingga lima bulan ke satu tahun untuk berjumpa pakar onkologi dan lapan bulan lagi untuk radioterapi dan kemoterapi. – AFP

    “Mkhize merupakan contoh klasik pesakit yang gagal disebabkan oleh sistem,” kata pembangkang perikatan demokratik ahli parlimen wilayah dan doktor, Imran Keeka kepada media. Mengikut media sosial, pesakit kanser di KwaZulu-Natal dirujuk sebagai #KZNOncologyCrisis, akan tetapi masalah itu tidak terpencil walaupun masih berada di kawasan tersebut.

    Sistem yang teruk

    Menteri Kesihatan Afrika Selatan, Aaron Motsoaledi telah mengumumkan pada bulan ini, bahawa sistem penjagaan kesihatan kebangsaan secara awam sangat teruk, dalam menangani proses perkhidmatan penjagaan pesakit kanser sebagaimana negara-negara lain dan kekurangan doktor. “Kami menyedari, isu tentang kemiskinan, atau kekurangan pakar pentadbiran di kebanyakan rumah-rumah sakit,” jelasnya lagi kepada media.

    Dia mengumumkan satu pendanaan sekitar 100 juta rand telah dikongsi antara rumah-rumah sakit di KwaZulu-Natal dan Johannesburg, untuk membeli dan membaiki peralatan serta membukakan lagi peluang pekerjaan untuk membantu proses penyelenggaraan pesakit kanser.

    “Kami perlu membantu mereka dengan mendapatkan pakar onkologi swasta dan memberikan kontrak kepada mereka bagi melihat sekitar 450 pesakit sebulan sekali, dan sebaik sahaja mesin berfungsi baik, kami akan mengambil lagi pakar onkologi swasta lain untuk membantu mereka,” tambah Motsoaledi lagi kepada media. Akan tetapi bantuan terhadap Mkhize sudah terlewat.

    Mati menunggu

    Pada bulan Disember, dia telah kembali ke rumah sakit akibat kesakitan yang tertahan dan telah diberikan morfin, akan tetapi diberitahu tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan dan diarahkan untuk pulang walaupun pada hakikatnya, dia hanya ada beberapa hari sahaja untuk hidup, kata Mkhize kepada AFP selepas tiga bulan kemudian.

    “Dia menangis seperti kanak-kanak kecil, sebagaimana orang lain,” kata anak perempuannya Londiwe, duduk bersebelahannya semasa melawat bangunan parlimen bagi mendedahkan kesakitan yang dialaminya itu.

    Secara puratanya, Afrika Selatan mempunyai 38 pakar radiasi onkologi di rumah sakit awam, berbanding 147 di sektor swasta. – AFP

    Di hari yang hujan itu, Mkhize, Londiwe dan anak lelakinya serta anak buahnya telah berkunjung ke bangunan parlimen di Pietermaritzburg, 235 kilometer jauhnya dari kampung mereka dan duduk di kawasan galeri awam sebaik sahaja pihak perundangan membincangkan tentang isu mengenai perkhidmatan pesakit kanser.

    Sekurang-kurangnya 499 pesakit di KwaZulu-Natal meninggal dunia semasa menunggu untuk rawatan radioterapi dan terapi penyembuhan untuk jangka waktu 12 bulan antara tahun 2015 dan 2016, menurut Keeka, induksi itu dibentangkan kepada pihak parlimen oleh jurucakap kesihatan kawasan tersebut.

    Bilangan mereka yang meninggal dunia ada kalanya di rumah atau di fasiliti, tambah ahli parlimen lagi. “Pesakit yang kami hantar ke rumah sakit tidak menerima rawatan yang sewajarnya, disebabkan oleh tahap kanser yang sudah kronik, mereka meninggal dunia,” kata Mvuyisi Mzukwa, Ketua Perubatan SAMA di kawasan tersebut. Cuba dihubungi oleh AFP, namun ahli parlimen kawasan tersebut tidak mahu untuk ditemu bual.

    Mengundurkan diri daripada kekecewaan

    Keeka meramalkan KwaZulu-Natal sekurang-kurangnya mempunyai 16 orang pakar onkologi. Akan tetapi persatuan doktor dan parlimen berkata pada tahun lepas, kesemua kecuali dua orang pakar onkologi di kawasan itu telah berhenti, disebabkan oleh kekecewaan kerana tidak dapat membantu menyelamatkan lebih banyak nyawa, disebabkan faktor kekurangan perkakas dan pesakit yang semakin bertambah.

    Secara puratanya, Afrika Selatan mempunyai 38 pakar radiasi onkologi di rumah sakit awam, berbanding 147 di sektor swasta, menurut Raymond Abratt, ketua masyarakat Afrika Selatan Klinikal dan Radiasi Onkologi.

    Abratt berkata sekarang tidak ada pakar onkologi sepenuh masa di mana-mana rumah sakit awam di Durban, ibu kota kawasan tersebut, malah isu mengenai perkhidmatan kanser telah menjadi isu utama untuk beberapa tahun kebelakangan ini.

    Bercakap tanpa memberikan nama, seorang doktor senior yang bekerja di Rumah Sakit Inkosi Albert Luthuli, Durban berkata bahawa pembiayaan pihak kerajaan terhadap masalah ini telah mengering tanpa memberikan sebarang amaran. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda