Afrika Selatan catat kes tertinggi COVID-19 dalam tempoh sehari

CAPE TOWN, 3 MEI – Afrika Selatan pada Sabtu melaporkan 385 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, jumlah harian tertinggi sejak negara ini mencatatkan kes pertama pada awal Mac.

Kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,336 orang sudah dijangkiti, kata Menteri Kesihatan Zweli Mkhize dalam satu kenyataan, lapor agensi berita Xinhua.

Wilayah Cape Barat paling banyak mencatatkan kes iaitu 2,700 diikuti wilayah Gauteng 1,598 dan wilayah KwaZulu-Natal 1,051. – Bernama