Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Afrika Selatan lobi jadi tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027

    JOHANNESBURG, 20 OKT – Afrika Selatan akan menghantar pegawainya ke New Zealand bagi mendapatkan sokongan dalam usaha negara itu membida menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027, kata Persatuan Bola Sepak Afrika Selatan (SAFA), kelmarin.

    Undian Piala Dunia Wanita FIFA 2023 akan berlangsung di Auckland pada Sabtu.

    Menurut SAFA, mereka akan menghantar presidennya Danny Jordaan untuk meyakinkan dunia bahawa negara itu mempunyai infrastruktur dan keupayaan untuk menganjurkan kejohanan itu, lapor Xinhua.

    “Kami mempunyai infrastruktur, stadium, hotel dan tempat latihan, dan faktor kami sudahpun menganjurkan Piala Dunia membabitkan 32 pasukan pada 2010, banyak membantu. Infrastruktur sudah tersedia dan kami mempunyai kapasiti untuk menjayakannya.

    Dunia tahu kapasiti kami, mereka telah melihat stadium dan infrastruktur kami,” kata Jordaan.

    Jawatankuasa Konfederasi Sukan dan Olimpik Afrika Selatan (SASCOC) memberi surat sokongan kepada Jordaan untuk dikemukakan sebagai dokumen sokongan.

    “Ia bertujuan untuk mengesahkan bahawa SAFA adalah ahli SASCOC dan ahli dalam kedudukan yang baik.

    “Kami mengakui bahawa penganjuran sama ada kejohanan benua atau dunia di Afrika Selatan meletakkan negara pada tahap tertinggi di peringkat global dan menambah nilai kepada ekonomi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...