Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Afrika Selatan sertai latihan bersama Rusia, China

    JOHANNESBURG, 19 JAN – Afrika Selatan, yang enggan mengambil bahagian berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, kelmarin mengumumkan ia akan mengadakan latihan ketenteraan bersama selama 10 hari dengan Rusia dan China pada bulan depan di luar pantainya.

    “Sebagai langkah untuk mengukuhkan hubungan yang sudah berkembang antara Afrika Selatan, Rusia dan China, latihan maritim multinasional antara ketiga-tiga negara ini akan berlangsung,” menurut pihak tentera.

    Latihan yang digelar ‘Mosi’, yang diterjemahkan kepada ‘asap’ dalam bahasa tempatan, Tswana, dijadualkan pada 17 hingga 27 Februari, di luar pantai bandar pelabuhan Durban dan Teluk Richards, yang terletak sejauh 180 kilometer.

    Ia akan menjadi latihan kedua seumpama itu yang melibatkan tiga angkatan laut, menurut Angkatan Pertahanan Kebangsaan Afrika Selatan.

    Latihan yang pertama telah diadakan pada November 2019 di luar Cape Town. – AFP

    Gambar fail bertarikh 8 Ogos 2022 menunjukkan Menteri Luar Afrika Selatan, Naledi Pandor bercakap semasa sidang media di Pretoria, Afrika Selatan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...