Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Aftercare Supportive Association (AFSA), Negara Brunei Darussalam telah menyumbangkan peralatan menangkap ikan kepada salah seorang Rakan Seliaan (RS) untuk membantunya agar dapat meneruskan kelangsungan kehidupan seharian.
Sumbangan disampaikan oleh Presiden AFSA, Hajah Juhana binti Haji Mohd Jaya kepada Awang Omar bin Rais. Turut hadir ialah pegawai-pegawai dari AFSA dan Pusat Reintegrasi, Jabatan Penjara serta Pemangku Ketua Kampung Tamoi.
Melalui bantuan itu, pihak AFSA berharap agar Awang Omar akan lebih bersemangat dan terus berusaha dalam mengharungi cabaran kehidupan seharian.
