Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Afsa serah bantuan kepada rakan seliaan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN 9 FEB Aftercare Support Association (AFSA), kelmarin, telah menyerahkan bantuan sebuah mesin pemotong kayu kepada salah seorang rakan seliaan, Awang Umjah bin Haji Mohd Salleh.

    Bantuan berkenaan merupakan projek berterusan bagi membantu rakan seliaan untuk meneruskan kehidupan mereka seperti biasa dan dapat menyara ahli keluarga dengan usaha mereka sendiri.

    Sumbangan telah disampaikan oleh Penasihat AFSA, Dato Jack Ting Chai selaku tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di kediaman Awang Umjah di STKRJ Kampung Sungai Buloh.

    Awang Umjah telah banyak menghasilkan produk kraf tangan daripada kayu seperti meja, kerusi, rak TV dan kasut, perhiasan bilik tamu dan bilik tidur yang berkualiti.

    Dato Jack Ting Chai dan ahli AFSA serta Awang Umjah dalam sesi bergambar ramai selepas penyerahan barang bantuan tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...