AFSA sumbang peralatan memancing ikan

Oleh Salawati Haji Yahya

TUTONG, 19 JUNAftercare Supportive Association (AFSA) telah menyerahkan bantuan berupa peralatan memancing ikan kepada Pengiran Zamalluddin bin Pengiran Kamaluddin, baru-baru ini.

Majlis penyerahan bantuan yang berlangsung di kediaman penerima bantuan itu telah disampaikan oleh Yang Di-Pertua AFSA, Hajah Juhana binti Haji Mohd Jaya.

Turut hadir menyaksikan penyerahan bantuan ialah ketua Pusat Reintegrasi dan pegawai-pegawainya.

Bantuan tersebut merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat AFSA bagi membantu mereka menjalani kehidupan seharian mereka.

Pengiran Zamalluddin menerima bantuan berupa peralatan memancing ikan yang disampaikan oleh Hajah Juhana.