Agama isteri Glenn Fredly jadi persoalan warganet

Penyanyi dangdut yang juga isteri kepada mendiang Glenn Fredly iaitu Mutia Ayu membalas komen warganet yang bertanyakan tentang agamanya kini.

Mutia yang sebelum ini beragama Islam berkahwin dengan penyanyi lagu Januari yang beragama Kristian telah menimbulkan banyak persoalan berkaitan anutan agamanya.

Membalas komen itu, Mutia berkata, dia hanya akan mendedahkan agama-nya jika individu itu mahu menanggung dosanya.

“Maaf bertanya, kakak beragama Islam atau Kristian? Maaf kerana bertanya, saya cuma ingin tahu,” soal peminat itu.

“Kalau awak nak tanggung dosa, saya akan beritahu agama saya,” balas Mutia.

Bagaimanapun, soalan yang diajukan peminat tersebut telah dipadam tidak lama selepas Mutia memberi respons. –Agensi

Penyanyi dangdut itu menjawab sinis pertanyaan peminat tentang agama yang dianuti. – Agensi