Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Agenda Hari Keputeraan dibincangkan

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 8 Feb – Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 tahun bagi Daerah Belait  telah diadakan hari ini di Dewan Santap, Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Belait, di sini.

    Hadir untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut ialah Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Othman dan dihadiri sama oleh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin juga selaku penghulu Mukim Liang dan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput selaku pemangku penghulu Mukim Labi. Turut hadir, ketua-ketua jabatan dan cawangan Daerah Belait, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung serta ahli-ahli jawatankuasa tadbir tertinggi dan pengerusi-pengerusi acara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan bagi Daerah Belait.

    Pada mesyuarat tersebut, ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan ke-70 tahun bagi Daerah Belait tahun 2016 telah dibubarkan dan seterusnya ahli jawatankuasa baru dilantik.

    Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-71 tahun bagi Daerah Belait dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Belait.
    Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-71 tahun bagi Daerah Belait dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Belait.
    Antara yang menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan KDYMM ke-71 tahun bagi Daerah Belait.
    Antara yang menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan KDYMM ke-71 tahun bagi Daerah Belait.

    Antara agenda mesyuarat yang telah dibincangkan termasuklah meneliti dan mengesahkan penyata perbelanjaan sambutan perayaan tahun 2016, ketetapan pelaksanaan acara-acara sambutan serta ketetapan pelaksanaan pembinaan dan pemasangan alat-alat perhiasan dan kelengkapan seperti pintu-pintu gerbang, bendera-bendera, lampu-lampu cucul, perhiasan dan kain-kain rentang.

    Turut dibincangkan adalah pelaksanaan Majlis Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Bercemar Duli ke Daerah Belait dan acara-acara sambutan tersebut, seperti upacara pengibaran bendera besar Negara Brunei Darussalam, Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Khatam Al-Quran 71 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara.

    Di samping itu, mesyuarat turut membincangkan acara-acara sampingan sepanjang perayaan dan juga acara-acara persembahan malam bercorak kebudayaan dan keagamaan termasuklah kedudukan pentas dan gerai perayaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda