Agenda pembaharuan ekonomi perlu berbeza

KUALA LUMPUR, 8 SEPT – Agenda pembaharuan ekonomi Malaysia perlu berbeza, malah turut mengambil kira idea-idea di luar kebiasaan susulan impak pandemik demi memastikan negara terus berupaya untuk melangkah maju, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata cabaran besar bagi ekonomi Malaysia pada hari ini adalah kapasiti atau keupayaan untuk menjana idea-idea, produk, model perniagaan inovatif dan teknik pengeluaran baharu selain menyebarluaskannya secara pantas menerusi ekonomi.

“Sejajar dengan peranan sebagai penggubal dasar, kerajaan kini berdepan cabaran dari segi kekurangan yang ketara.

“Walaupun berjaya mencatat peningkatan dalam usaha mengurangkan jurang ketidaksamaan (kekayaan) sejak 30 tahun lepas, Malaysia masih belum mencecah tahap yang membolehkan kita dengan selesanya mengakui bahawa isu terbabit berjaya ditangani secara berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Persidangan Pendidikan Global dan Kolokium Pascasiswazah 2021 (GECPC 2021) secara maya yang dihoskan oleh Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) di sini, hari ini.

Acara dua hari itu menghimpunkan hampir 20 penceramah antarabangsa, termasuk dari Amerika Syarikat, China, Finland, Finland, Singapura dan Hong Kong. – Bernama

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz beramah mesra bersama para petugas semasa hadir ke Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Putrajaya kelmarin. – Bernama.