Agensi berita AAP terima bantuan kerajaan

SYDNEY, 18 SEPT – Firma berita nasional Australia yang sedang bergelut ketika ini dijanjikan wang jaminan dari kerajaan sebanyak AS$3.7 juta hari ini, hanya selepas beberapa hari melancarkan kempen pendanaan awam dalam usaha meneruskan kelangsungan operasi organisasi itu.

Australian Associated Press (AAP) bergelut dengan masa depan yang tidak menentu sejak pemegang saham utama, Rupert Murdoch News Corp & Broadcasting dan kumpulan akhir Nine Entertainment bertindak meninggalkan firma berita itu pada Mac lalu.

Keputusan kerajaan untuk menyelamatkan firma berita yang berusia 85 tahun itu dibuat kerana menganggap ‘kewartawanan kepentingan awam penting ketika ini’ lebih dari sebelumnya, kata Menteri Komunikasi, Paul Fletcher.

Menurut beliau, peranan pentadbir media penting dalam melindungi kepelbagaian media di negara di mana media dimiliki oleh segelintir syarikat serta peri pentingnya dalam membuat liputan berita serantau.

AAP dilancarkan semula awal tahun ini sebagai organisasi bukan keuntungan dengan memiliki separuh kakitangan berbanding sebelum ini, namun bergelut berikutan cabaran dari sektor media bertambah buruk ditambah di tengah-tengah kejatuhan ekonomi ekoran penularan COVID-19.

“Krisis COVID-19 telah mencetuskan cabaran yang belum pernah terjadi sebelumnya bagi media Australia,” kata Fletcher sambil menambah keadaan itu turut memberi kesan terhadap pendapatan iklan sehingga mengancam banyak syarikat media. – AFP

Kelihatan logo Australia Associated Press dipamerkan di ibu pejabatnya di Sydney pada 3 Mac 2020. – AP