Agensi Digital perbaiki sistem kerajaan Jepun dilancar

TOKYO, 1 SEPT – Jepun berusaha menaik tarafkan perkhidmatan kerajaan dengan pelancaran Agensi Digital baharunya hari ini, dengan harapan membawa pembaik-pulihan yang amat diperlukan kepada sistem lama yang mempunyai kelemahan seperti yang dipaparkan oleh pandemik.

Buat masa sekarang, Jepun bergantung pada kertas kerja lama untuk rakyat yang memohon perkhidmatan kerajaan, sementara pejabat kerajaan pusat dan tempatan menggunakan sistem berlainan untuk menyimpan dan mengendali data.

Kekurangan pendigitalan dalam perkhidmatan kerajaan untuk orang awam menimbulkan masalah besar semasa pandemik mengakibatkan penangguhan dan salah pengurusan permohonan untuk subsidi dan bantuan kewangan, serta penghantaran data perubatan yang perlahan yang diperlukan untuk langkah pencegahan virus. Agensi itu, diketuai Menteri Transformasi Digital Takuya Hirai, mempunyai kira-kira 600 kakitangan, termasuk 200 yang digaji dari sektor swasta, dengan selebihnya dipindah dari kementerian lain. – AP