Agensi Ha Sung Woon kolaborasi dengan ICM Partners

Agensi Ha Sung Woon sedang mempromosikan artisnya di luar negara.

Pada 26 Februari lalu, agensi Ha Sung Woon, Star Crew Entertainment mengumumkan, “Kami telah menandatangani MoU (memorandum persefahaman) dengan ICM Partners untuk menjadi rakan kongsi bagi pasaran global Ha Sung Woon.”

Pada Disember 2018, Naib Presiden ICM Partners Jon Pleeter dari ibu pejabat di Los Angeles dan Ketua Pegawai Eksekutif KAMP Global, Tim Kim melawat Star Crew Entertainment untuk mengadakan mesyuarat mengenai projek kolaborasi.

ICM Partners merupakan agensi bakat yang mewakili banyak bintang termasuk Khalid, J. Cole, Ashley Tisdale, Blackbear, Boyz II Men, Busta Rhymes, Chris Rock, David Foster, Flo Rida, Good Charlotte, Jane Lynch, Jay Leno, John Cena, Kehlani, Nicki Minaj, dan ramai lagi.

Ketua Pegawai Hiburan Star Crew Jun Hong Joon berkata, “Melalui MoU ini, kami akan meneruskan perbincangan dengan agensi untuk kemasukan pasaran global kumpulan kami yang sedang bersedia untuk kemunculan sulung.”

Ha Sung Woon kini sedang mengusahakan album baharu yang akan dilancarkan separuh pertama tahun ini. – Agensi

Star Crew promosi Ha Sung Woon di luar negara bagi pasaran global. – Agensi