Agensi: Jong Un tidak jalani pembedahan

SEOUL, 3 MEI – Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dipercayai tidak menjalani pembedahan, kata pegawai kanan Korea Selatan hari ini, sehari selepas kemunculan semula Kim berikutan ketidakhadiran hampir tiga minggu yang mencetuskan spekulasi hangat mengenai kesihatannya.

“Pengerusi Kim dipercayai tidak menjalani pembedahan,” kata seorang pegawai kanan di pejabat presiden Selatan, menurut agensi berita Yonhap.

“Timbulnya laporan media yang meramalkan tentang pembedahan Kim, memetik cara beliau berjalan,” tambah pegawai, berkata Seoul mempunyai sebab-sebab yang mencukupi untuk memberikan kesimpulan tersebut.

Desas-desus mengenai kesihatan Kim telah tersebar sejak beliau tidak menghadiri sambutan kelahiran datuknya, pengasas Utara, pada 15 April, hari paling penting dalam kalendar politik negara itu. Televisyen Korea Utara menunjukkan Kim berjalan dan senyum pada majlis pembukaan kilang baja pada Jumaat. – AFP

Orang awam melihat skrin yang menyiarkan majlis pembukaan Kilang Baja Fosfatik Sunchon yang dihadiri oleh Kim Jong Un di Jalan Saintis Mirae, Pyongyang pada 2 Mei. – AFP