Saturday, December 7, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Agensi keselamatan siber tangani keganasan

    JAKARTA, 3 Jan – Indonesia hari ini melancarkan agensi keselamatan siber terbaru, ketika negara majoriti beragama Islam terbesar dunia itu berusaha untuk menangani pelampau agama atas talian dan kebanjiran berita palsu dalam media sosial.

    Jutaan penduduk di Indonesia akan berada di atas talian buat kali pertama khuatir dengan tipu helah berita yang berada di tahap membimbangkan.

    Dalam kebanyakan kes berprofil tinggi kebelakangan ini ialah tuntutan palsu yang berputar di media sosial Disember lalu mengenai Beijing yang sedang berusaha untuk melancarkan perang biologi terhadap Indonesia.

    Penularan berita palsu itu mendorong kedutaan China untuk mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan laporan itu sebagai ‘mengelirukan’.

    Hari ini, Presiden Indonesia, Presiden Joko Widodo melantik Mejar Jeneral Djoko Setiadi, bekas ketua agensi sulit negara untuk memimpin agensi terbaru itu.

    Tugas utama Setiadi akan merangkumi rangkaian pengganas yang berkomunikasi menerusi talian dan memerangi ucapan kebencian atas talian yang dipersalahkan menimbulkan fundamentalisme di negara yang pernah dipuji kerana pluralisme agamanya.

    “Kami akan mengawal ruang siber,” beritahu Setiadi hari ini. “Teknologi kami bukan hanya dapat mengesan, akan tetapi turut menembusi rangkaian pengganas.”

    Ketua Menteri Keselamatan Wiranto, seperti kebanyakan warga Indonesia lain dengan hanya mempunyai satu nama, menambah: “Kami memerlukan badan ini untuk mengekalkan keselamatan secara nasional, rantau dan global.”

    Minggu lalu, Indonesia mengatakan telah menambah lebih 600 orang anggota polis anti-keganasan dalam usaha menentang kumpulan yang diilhamkan daripada IS dan militan lain. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda