Agensi kesihatan gesa langkah segera kawal COVID-19

STOCKHOLM, 24 NOV – Agensi kesihatan Kesatuan Eropah (EU) hari ini menggesa negara-negara ahli untuk ‘segera’ memperkenalkan langkah mengurangkan ‘beban yang lebih berat’ daripada COVID-19 pada Disember dan Januari.

Pengarah Pusat bagi Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Eropah (ECDC), Andrea Ammon, menyaran-kan suntikan penggalak COVID-19 ke atas semua dewasa berusia lebih 18 tahun, ‘dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas’.

Agensi tersebut turut menggesa negara-negara untuk meningkatkan kadar vaksinasi secara keseluruhan, terutama bagi negara yang kurang pengagihan. Kurang 70 peratus penduduk keseluruhan EU dan Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) yang terdiri daripada Norway, Lichtenstein dan Iceland sudah menerima vaksin lengkap. “Ini memberikan ruang besar vaksinasi yang tidak boleh dirapatkan dengan segera dan memberikan ruang kepada virus untuk merebak,” kata ECDC.

“Kami perlu segera menumpukan menutup jurang imuniti, menawarkan dos penggalak kepada golongan dewasa, dan memperkenalkan semula langkah bukan farmaseutikal,” kata Ammon menerusi ucapan video. Dia memberi amaran sehari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata sehingga 700,000 orang mungkin meninggal dunia akibat COVID-19 menjelang Mac 2022 di Eropah dan Asia Tengah, sebagai tambahan 1.5 juta yang sudah dijangkiti virus. – AFP