Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Agensi Seventeen keluarkan amaran kedua

    Pada bulan Oktober lalu, agensi Pledis Entertainment yang menguruskan kerjaya seni Seventeen telah mengeluarkan garis panduan etika peminat terhadap kumpulan Kpop itu.

    Garis panduan itu dikeluarkan untuk memastikan keselamatan dan privasi Seventeen dapat dijaga dan agensi itu turut memberi amaran supaya peminat tidak mencerobohi privasi kumpulan tersebut. Namun, ada peminat yang masih tidak mengendahkannya sehingga memaksa agensi itu mengeluarkan amaran buat kali kedua menerusi satu kenyataan rasmi.

    “Walaupun notis telah dikeluarkan sebelum ini, kami mendapati masih ada yang cuba masuk tanpa kebenaran ke ruang peribadi artis selain daripada tempat aktiviti rasmi Seventeen yang dibenarkan yang diumumkan secara rasmi,” kata Pledis Entertainment dalam kenyataan itu.

    Pledis Entertainment turut menamakan beberapa ruang peribadi artis mereka. Misalnya, ruang tamu, hotel, kedai rambut dan solekan serta zon keselamatan lapangan terbang.
    Sambung agensi itu lagi, terdapat kes-kes pencerobohan privasi yang teruk terutamanya semasa satu acara baru-baru ini.

    “Seperti menunggu di hotel artis, cuba memecahkan dan memasuki bilik hotel, datang terlalu dekat dengan artis dan cuba mencetuskan perbualan semasa mereka berada di zon keselamatan lapangan terbang termasuk di dalam pesawat. Tindakan berulang seperti itu mampu menjejaskan kesihatan mental kepada artis.

    “Bukan sahaja mereka yang terlibat dalam tingkah laku sedemikian akan disenarai hitam daripada mengambil bahagian dalam semua aktiviti peminat yang berkaitan dengan Seventeen tanpa sebarang amaran lebih awal, tetapi syarikat kami juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka menggunakan bukti yang telah kami kumpulkan melalui rakaman CCTV dan inisiatif pemantauan.

    “Kami akan terus berusaha untuk mewujudkan budaya peminat yang sihat dan melindungi keselamatan dan hak artis kami. Kami berjanji bahawa kami akan mengambil langkah paling tegas terhadap sebarang tindakan yang mampu melanggar hak mereka. Kami mengharapkan kerjasama peminat,” kata Pledis Entertainment lagi dalam kenyataan tersebut. – Agensi

    Agensi Pledis Entertainment yang menguruskan kerjaya seni Seventeen telah mengeluarkan garis panduan etika peminat terhadap kumpulan Kpop itu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...