Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Agensi transit Boston uji penderia air kencing pada lif

    BOSTON, 13 JUN – Tiada masalah air kencing lagi. Itulah harapan Penguasa Pengangkutan Teluk Massachusetts (MBTA) kelmarin, dengan memperkenalkan program baharu dengan teknologi dalam sistem lif bagi menangani permasalahan kencing di tempat awam.

    MBTA, yang memberi perkhidmatan bagi Boston dan kawasan sekitarnya, melancarkan program perintis musim panas ini di mana sensor pengesanan air kencing akan diletakkan di empat buah lif pusat bandar. Penderia itu akan dapat memberi amaran kepada duta transit, yang boleh menghantar kru pembersih, lapor akhbar Boston Herald.

    Selain itu, penderia di siling lif mempunyai kipas yang dipasang, yang membolehkan ia menyedut udara dan “menghidu apa yang ada,” kata pengurus program MBTA, Meghan Collins.

    Program perintis tersebut akan bermula pada bulan Ogos. Data akan dikumpul selama beberapa bulan sebelum agensi tersebut membuat keputusan sama ada untuk melaksanakan program itu menjelang akhir tahun, menurut akhbar itu. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...