Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Agih bubur kacang sempena Aidiladha

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 11 JULAI – Dalam meraikan Hari Raya Aidiladha tahun ini, Persatuan Warga Emas Daerah Belait (PWEDB) telah mengagih-agihkan lebih 400 bungkus bubur kacang di perkarangan Jabatan Belia dan Sukan cawangan Daerah Belait, hari ini.

    Bubur kacang berkenaan diagih-agihkan kepada orang ramai yang melintas dan pengunjung kawasan berkenaan yang dijalankan secara pandu lalu.

    Di samping itu, persatuan berkenaan juga mengadakan aktiviti amal dengan mengagihkan 60 kotak mengandungi pakaian terpakai yang telah dikumpulkan oleh ahli persatuan berkenaan sebelumnya, kepada orang ramai yang mengunjungi pusat berkenaan dalam memeriahkan lagi suasana pada masa yang sama memberi balik kepada masyarakat.

    Hadir bagi menyaksikan aktiviti-aktiviti berkenaan ialah Persatuan PWEDB, Dr Haji Mohd Shah bin Imam Haji Ahmad dan pengerusi bersama yang juga mantan penghulu Mukim Belait, Haji Pungut bin Ali.

    Turut hadir ialah setiausaha agung dan pengerusi penganjur aktiviti-aktiviti berkenaan iaitu Awang Mohd Yunos bin Haji Pungut yang menjelaskan kepada media bahawa aktiviti-aktiviti yang diadakan itu merupakan acara tahunan oleh persatuan berkenaan untuk memberi balik kepada masyarakat.

    “Selain itu, kami juga mengambil peluang untuk memperingati Hari Raya Aidilfitri, dan kami merancang untuk mengendalikan acara-acara serupa dalam masa terdekat,” tambahnya.

    Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, persatuan berkenaan juga mengadakan majlis Doa Selamat pagi tadi yang dihadiri oleh penasihat persatuan, Yang Dimuliakan Pehin Datu Padukaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Shari bin Ahmad bersama isteri.

    Dalam pada itu, persatuan berkenaan juga akan terus mengendalikan pelbagai aktiviti sepanjang bulan ini, dengan ahli-ahlinya dijadualkan terlibat dalam persembahan pentas sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 di Tudong Saji, Kuala Belait serta menyertai pembacaan Al-Quran dan kursus Fardu Kifayah.

    Awang Mohd Yunos mengagihkan bubur kacang kepada orang ramai, kelmarin.
    Para pengunjung melihat-lihat pakaian terpakai yang telah dikumpulkan oleh ahli persatuan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...