Agihan bantuan makanan digiatkan

KOTA KINABALU, 20 OKT – Kerajaan Negeri Sabah terus mempergiat usaha mengagihkan bekalan makanan kepada golongan sasar yang memerlukan dan terkesan akibat penularan COVID-19  agar mereka tidak tercicir daripada menerima bantuan berkenaan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Shahelmey Yahya berkata golongan sasar berkenaan adalah penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan yang diperintahkan menjalani kuarantin di rumah oleh Kementerian Kesihatan. – Bernama