Wednesday, December 4, 2024
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Agihan makanan bantu penduduk kelaparan

    HOUSTON – Barisan kenderaan yang boleh menjangkau setengah batu, pekerja yang kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik koronavirus dan mereka yang memerlukan menerima sejumlah kecil makanan yang diagih oleh Dana Makanan Houston. Ada kalanya, ratusan tapak yang dibekalkan oleh dana makanan terbesar negara menerima 1 juta paun makanan.

    Salah seorang penerima adalah pekerja pembinaan yang menganggur, Herman Henton, dengan isterinya seorang pekerja stor pengubahsuaian rumah dan sekarang menjadi pencari nafkah utama untuk keluarga mereka yang terdiri daripada lima orang. Mereka cuba mendapatkan setem makanan tetapi diberitahu sekarang mereka hanya layak menerima bantuan makanan persekutuan bernilai AS$25 sebulan.

    “Sebagai seorang lelaki, sebagai seorang bapa, sebagai seorang pencari nafkah, saya berasa amat teruk,” kata Henton ketika dia menunggu dalam keretanya berhampiran Kementerian Bantuan West Houston, yang mendapat makanan daripada Dana Makanan Houston untuk pakej jagaannya yang bertujuan membantu memberikan makanan kepada keluarga selama seminggu. “Dalam situasi sebegini, tidak ada apa-apa yang anda dapat lakukan.”

    Pengagihan oleh Dana Makanan Houston kini berjumlah kira-kira 363,000 kilogram sehari selepas mencecah 1 juta paun untuk kali pertamanya pada musim bunga, jumlah yang masih diagihkan oleh dana sekali-skala.

    Sebelum koronavirus melanda, pengagihan harian purata kumpulan adalah 184,000 kilogram, menurut Presiden Dana Makanan Houston Brian Greene.

    Anggota sukarelawan memasukkan makanan ke dalam kotak dan dipunggah untuk diagih kepada program makanan pelajar sekolah di Dana Makanan Houston. – AP
    Palet pelbagai jenis makanan disusun di atas rak di gudang Dana Makanan Houston di Houston. – AFP

    Kemudian pekerja di Houston dan jutaan di seluruh negara dibuang kerja dan terpaksa bergantung pada pemberian.

    “Ia terasa seolah-olah berlakunya krisis, seperti hurikan di Teluk,” kata Greene. “Amat mengejutkan bagaimana barisan tersebut telah meningkat begitu cepat.”

    Semalaman, salah sebuah bandar di Amerika menjadi simbol keperluan terdesak tatkala dana makanan bergegas mendapatkan susu, roti, sayur dan daging dari pelbagai sumber untuk memberikan makan kepada orang kelaparan.

    Ramai penduduk di Houston dan sekitar AS bergantung pada gaji dan tidak bersedia berdepan kesan sampingan ekonomi akibat koronavirus yang pada mulanya menyebabkan negara kehilangan 22 juta pekerjaan, dengan 10.7 juta yang belum kembali.

    “Empat puluh peratus keluarga mempunyai kurang AS$400 untuk mengatasi krisis yang melanda,” kata Greene, merujuk kepada tinjauan Simpanan Persekutuan. “Maka, apabila krisis ini membelenggu keluarga yang memerlukan bantuan besar.”

    Selepas Henton dibuang kerja, dia dan isterinya makan sekali sehari supaya tiga anak mereka boleh menikmati makanan tiga kali. Keluarganya adalah satu daripada 126,500 yang telah menerima bantuan dari Dana Makanan Houston dengan kotak-kotak makanan setiap minggu sejak Mac menerusi sistemnya yang terdiri daripada pekerja dan anggota sukarelawan yang mengasingkan, memasukkan dalam kotak dan memunggah makanan dalam trak yang menghantar bekalan mereka ke pusat pengagihan di seluruh kawasan Houston.

    Kerajaan persekutuan telah membantu memenuhi permintaan dengan program seperti membeli produk ladang seperti sayur, daging dan tenusu yang pada asalnya dihasilkan untuk restoran yang ditutup sekarang dan memberikannya secara percuma kepada dana makanan dan kumpulan pengagihan.

    Namun wang yang diperuntukkan untuk program Petani kepada Keluarga Jabatan Pertanian AS sudah kehabisan pada akhir Oktober.

    Dana makanan individu juga menerima 20 hingga 40 peratus makanan yang diagih oleh mereka daripada program kerajaan lain, termasuk program yang membantu petani yang terjejas oleh tarif asing dengan membeli hasil keluaran mereka, daging lembu dan ayam dan memastikan pengeluar dibayar sementara makanan yang boleh dimakan tidak berakhir dalam tong sampah. Setakat ini, program tersebut menerima pembiayaan sehingga 2020.

    Dana makanan mendapat pengagihan selebihnya dari pasar raya atau sumbangan petani atau membelinya dengan wang tunai yang diderma.

    Fitzgerald berkata dana makanan negara mempunyai makanan yang cukup untuk memenuhi permintaan AS sekarang, tetapi berkata pengedar ‘bimbang mengenai masa depan’ menjelangnya musim sejuk.

    Permintaan makanan di kawasan Houston, lama tertakluk kepada turun naik industri minyak, mungkin akan diteruskan tanpa bantuan kerajaan untuk pekerja menganggur, kata Mark Brown, CEO Kementerian Bantuan Houston Barat, yang memberikan makanan kepada hampir 2,000 orang setiap minggu.

    “Saya fikir kami mempunyai keperluan meningkat dalam komuniti kami untuk sekurang-kurangnya dua tahun,” kata beliau.

    Penganggur Priscilla Toro berkata dia berasa malu kerana berbaris untuk mendapatkan makanan percuma tetapi menambah: “Kami perlu mengharunginya. Kami perlu makan.”

    Henton berkata dia bersyukur kerana dapat memberikan makanan kepada keluarga mereka dengan bantuan tambahan itu.

    “Ia boleh berlaku kepada sesiapa,” katanya. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda