Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Agong berkenan sempurna perasmian pembukaan Sukma ke-20

    KUALA LUMPUR, 31 OGOS – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian pembukaan Temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 MSN 2022 yang dijadual pada 17 September.

    Al-Sultan Abdullah bertitah berhubung perkara itu semasa sesi menghadap dan mempersembahkan warkah persilaan di Istana Negara semalam, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata Al-Sultan Abdullah turut berkenan mendengar taklimat ringkas mengenai perjalanan Sukma ke-20 yang akan berlangsung dari 16 hingga 24 Sept.

    Edisi ke-20 Sukma menyaksikan sebanyak 31 jenis sukan dipertandingkan membabitkan penganjuran 426 acara.

    Sukma ke-20 yang dianjurkan Majlis Sukan Negara (MSN), menyaksikan beberapa acara bakal dipertandingkan di beberapa lokasi pilihan termasuk di sekitar Lembah Klang, Nilai dan Langkawi.

    Hampir 9,000 atlet dan pegawai daripada 15 kontinjen yang bertanding telah mengesahkan penyertaan untuk temasya sukan itu kali ini. – Bernama 

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...