Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Agong Malaysia tunai Solat Jumaat di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan berangkat bagi menunaikan sembahyang Fardu Jumaat di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

    Turut berangkat mengiringi Yang di-Pertuan Agong ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan anakanda-anakanda Yang di-Pertuan Agong yang lain.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik.

    Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota serta kerabat diraja dijunjung oleh Menteri Hal

    Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; dan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan pegawai-pegawai kanan KHEU.

    Khutbah Jumaat disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jame’ Asr Hassanal Bolkiah, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin yang juga mengimamkan sembahyang Fardu Jumaat.

    Sejurus selesai menunaikan sembahyang Sunat Jumaat Ba’diyah, Yang di-Pertuan Agong dijunjung bagi menandatangani lembaran kenangan dan berkenan menerima pesambah.

    Lawatan Khas Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri

    Agong berserta rombongan, selama tiga hari adalah sempena program jelajah Kembara Kenali Borneo iaitu konvoi perjalanan sejauh 2,154km yang telah ber mula pada 3 September di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak dengan merentasi Lebuh Raya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak dan Brunei.

    Gambar oleh Muiz Matdani
    KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, KDYMM Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik serta anakanda-anakanda Yang-Pertuan Agong lain berkenan menunaikan Solat Jumaat di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
    KDYMM Yang di-Pertuan Agong, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan KDYMM Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan menerima junjung ziarah daripada jemaah yang hadir. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...