Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Agong titah GPS pertimbang penubuhan kerajaan perpaduan

    KUCHING, 23 NOV – Gabungan Parti Sarawak (GPS) dinasihatkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar mempertimbangkan penubuhan kerajaan perpaduan bagi mengakhiri kemelut politik negara yang berlaku sekarang.

    Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof yang mengetuai wakil GPS untuk menghadap Al-Sultan Abdullah pagi tadi berkata nasihat baginda telah disampaikan kepada Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    “Saya tadi tidak dapat membuat keputusan (semasa sesi menghadap) dan kita mendengar pandangan tuanku dan akan membawa kepada pucuk pimpinan GPS. Jadi tadi kita telah memberikan taklimat kepada premier Abang Johari,” katanya.

    Bercakap kepada media, Fadillah berkata selain beliau, GPS turut diwakili Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Aaron Ago Dagang.

    Katanya setakat ini GPS masih berpegang kepada kenyataan yang dibuatnya sebelum ini untuk menubuhkan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), namun mereka akan tetap akur dengan keputusan yang akan dibuat oleh Al-Sultan Abdullah. – Bernama

    Datuk Seri Fadillah Yusof enggan memberi sebarang ulasan ketika ditanya pemberita semasa tiba di Dewan Undangan Negeri Sarawak petang kelmarin selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Malaysia di Istana Negara.- Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    AS bakal terima panda China

    BEIJING, 19 APRIL - San Francisco ialah bandar terbaharu Amerika Syarikat (AS) yang bersiap sedia untuk menerima sepasang panda dari China, sebagai kesinambungan daripada...