Agthia dedah strategi jadi pemimpin F&B

ABU DHABI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 14 APRIL – Agthia Group PJSC mendedahkan strategi jangka panjang mereka untuk menjadi sebuah pemimpin F&B di rantau Timur Tengah, Afrika Utara dan Pakistan (MENAP) dan seterusnya menjelang tahun 2025. Strategi itu dibina di atas tiga tonggak strategik (pertumbuhan, kecekapan dan keupayaan) dan ia dirancang untuk memperluaskan kepimpinan pasaran Kumpulan itu, menyediakan nilai yang signifikan bagi semua pihak berkepentingan dan terus mendorong pertumbuhan keuntungan dengan satu pendekatan yang berpusatkan pengguna.

Organisasi yang berpusat di Abu Dhabi itu terlibat di dalam bidang pembuatan, pengedaran dan pemasaran bagi pelbagai jenis produk F&B, termasuk jenama serantau yang popular seperti Al Ain (air), Al Foah (kurma), Al Faysal Bakery & Sweets (membuat roti) dan Grand Mills (tepung dan membuat roti) antara lain.

Khalifa Sultan Al Suwaidi, Pengerusi Kumpulan Agthia, berkata: “Strategi itu akan memanfaatkan potensi sepenuhnya bagi keupayaan luar biasa yang telah kami bina, mewujudkan peluang-peluang yang lebih besar bagi rakyat kita, dan bertindak sebagai satu pemangkin bagi kami untuk sekali lagi menetapkan tanda aras baharu di dalam industri F&B.” – Bernama

Khalifa Sultan Al Suwaidi, Pengerusi Kumpulan Agthia. – Bernama