Aguero terlepas aksi selama tiga bulan

BARCELONA, 2 NOV – Pemain penyerang Barcelona, Sergio Aguero akan diketepikan sekurang-kurangnya tiga bulan sementara menunggu penilaian rawatan masalah jatung, menurut kenyataan kelab semalam.

“Aguero telah menjalani proses diagnostik dan terapeutik bersama Dr Josep Brugada. Dia tidak dapat dipilih untuk bermain dan dalam tempoh tiga bulan, keberkesanan rawatan tersebut akan dinilai untuk menentukan proses pemulihannya,” kata kelab tersebut.

Pemain Argentina itu dibawa ke hospital selepas mengalami masalah pernafasan pada Sabtu lepas ketika Barcelona seri di gelanggang sendiri menentang Alaves.

Dia digantikan sebelum separuh masa oleh Philippe Coutinho.

Kelab tersebut telah memuat naik gambar pemain yang dikenali sebagai ‘Kun’ di Twitter bersama kapsyen hashtag ‘ForcaKun’.

Aguero tiba di Barcelona pada musim panas lalu dari Manchester City.
Dia bermain dalam lima perlawanan kompetitif dan hanya menjaringkan satu gol. – AFP