Monday, December 2, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aguero terlepas hukuman FA

    LONDON, 21 Feb – Sergio Aguero terlepas sebarang hukuman daripada Persatuan Bola Sepak England (FA) susulan satu pergaduhan dengan penyokong Wigan selepas kekalahan mengejut pendahulu Liga Perdana itu dalam saingan Piala FA.

    Penyerang Manchester City itu telah terbabit dalam perbalahan fizikal dengan penyokong Wigan ketika ribuan penyokong masuk ke padang berikutan kemenangan 1-0 pasukan League One itu pada pusingan kelima, kelmarin.

    Tayangan televisyen menunjukkan terjadinya kekecohan di Stadium DW, di mana Aguero mengangkat tangannya bagi menolak penyokong itu, dia akhirnya terpaksa dikawal.Difahamkan bahawa Aguero mendakwa dia telah diludah.

    Pemain Argentina itu tidak akan dikenakan tindakan disiplin oleh FA berikutan insiden terbabit namun penjaring rekod terbanyak City itu ‘diberi peringatan mengenai tanggungjawabnya.’

    Bagaimanapun badan induk itu mengesahkan pihaknya akan mengenakan denda ke atas City dan Wigan kerana gagal mengawal pemain masing-masing selepas Fabian Delph dibuang padang pada separuh masa pertama.

    “Wigan Athletic dan Manchester City masing-masing dikenakan denda kerana gagal mengawal pemain masing-masing selepas Fabian Delph dibuang padang pada saingan pusingan kelima Piala FA Emirates,” menurut kenyataan FA.

    “Kelab berkenaan diberikan tempoh sehingga jam 6 petang, Jumaat 23 Februari 2018 untuk membalas.”

    “Sebagai tambahan, kedua-dua kelab diminta untuk menyediakan maklumat mereka mengenai masalah penyokong di akhir perlawanan dan mempunyai masa hingga 26 Februari 2018 untuk memberikan respons.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda