Monday, January 13, 2025
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aguero umum persaraan akibat masalah jantung

    BARCELONA, 15 DIS – Pemain depan Barcelona dan Argentina, Sergio Aguero hari ini mengumumkan persaraannya daripada bola sepak pada sidang media yang penuh emosi, hanya lebih sebulan selepas pemain berusia 33 tahun itu disahkan menghidap masalah jantung.

    “Saya telah memutuskan untuk berhenti bermain bola sepak profesional. Ia adalah saat yang sangat sukar tetapi saya gembira dengan keputusan saya. Kesihatan menjadi keutamaan saya,” kata Aguero, yang menikmati 10 tahun yang sangat berjaya di Manchester City sebelum berpindah pada penghujung musim lalu.

    Aguero telah ditemani oleh presiden kelab, Joan Laporta pada sidang akhbar hari ini.

    Pemain berusia 33 tahun itu menyertai Barca dari Manchester City pada Julai lalu selepas membantu memenangi Copa America.

    Sejurus sebelum dia meninggalkan City, dia telah diuji positif COVID-19 dan dikejarkan ke hospital pada 30 Oktober lalu setelah mengalami masalah pernafasan ketika bermain dalam perlawanan seri menentang Alaves. – AFP

    Reaksi Sergio Aguero ketika dia mengumumkan persaraan semasa sidang media di Camp Nou, Barcelona pada 15 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda