Ah Hoon juara Thredz Trail Challenge Performance 2021

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Ah Hoon muncul juara dalam kategori terbuka lelaki Thredz Trail Challenge Performance 2021 selepas merekodkan catatan masa 46 minit di Bukit Silat, STKRJ Katok B, baru-baru ini.

Awang Mohd Shah Azahar merangkul gelaran naib juara dengan catatan masa 47 minit sementara Haji Mohd Baharuddin menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 47 minit 36 saat.

Sementara itu, Tipah menjuarai ka-tegori terbuka wanita selepas menamatkan cabaran dengan catatan masa 1 jam enam minit diikuti oleh Vanessa di tempat kedua dengan masa 1 jam sembilan minit dan Norliza menduduki tangga ketiga dengan catatan masa 1 jam 14 minit 30 saat.

Haji Jupli dinobatkan juara bagi kategori veteran dengan menamatkan cabaran selama 46 minit 45 saat.

Mohd Ammad Noh merebut tempat kedua dengan catatan masa 53 minit 18 saat sementara Haji Rosmady mendapat tempat ketiga dengan catatan masa 54 minit 26 saat.

Dalam kategori wanita veteran, juara dimenangi oleh Kathryn Puddle, mencatat masa 55 minit 52 saat diikuti oleh Airince di tempat kedua dengan catatan masa 57 minit 16 saat dan Charlethe Tod di tempat ketiga dengan mencatat 1 jam dan seminit.

Pasukan Seragam Hitam menjuarai bagi kategori berpasukan sementara Pasukan Kiasu dan Pasukan Spear masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga.

Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

Pengiran Mohd Amirrizal menyampaikan hadiah kepada para pemenang semasa acara tersebut.