Wednesday, October 4, 2023
32.7 C
Brunei

    -

    Ahlan wa sahlan!

    JEDDAH, 9 JUN – Bekas penyerang Real Madrid, Karim Benzema kelmarin diumumkan sebagai pemain Al-Ittihad di hadapan ribuan peminat di Arab Saudi, sehari selepas negara yang kaya dengan minyak itu gagal mendapatkan tandatangan Lionel Messi.

    Bunga api dan penyembur api menyambut kedatangan Benzema, yang mengenakan jersi hitam dan kuning dengan nombor sembilan di stadium kelab Al-Ittihad yang berkapasiti 60,000 tempat duduk di Jeddah, di mana ‘KB9’ gergasi terpampang di atas padang dalam cahaya terang.

    “Assalamualaikum,” kata pemain berusia 35 tahun itu kepada peminat, sebelum menjulang trofi Ballon d’Or yang dimenanginya tahun lalu.

    Benzema menyertai idola Portugal, Cristiano Ronaldo sebagai bintang terkini yang menyertai Liga Pro Saudi, yang mempunyai senarai pemain berprofil tinggi, menurut sumber yang rapat dengan rundingan tersebut.

    Kemunculan pemain Perancis itu di Jeddah susulan cubaan Arab Saudi memujuk Messi sebelum pemenang Piala Dunia Argentina itu baru-baru ini memilih Inter Miami sebagai kelab terakhirnya sebelum bersara.

    Ia juga berlaku selepas Golf LIV yang dibiayai oleh Arab Saudi melancarkan penggabungan mengejut dengan Jelajah PGA dan Jelajah Dunia DP selepas lebih setahun pertelingkahan dan pertikaian undang-undang yang memecahbelahkan sukan tersebut.

    Benzema, yang memenangi lima Liga Juara-juara, empat kejuaraan La Liga dan tiga Copa del Rey bersama Madrid, berkata dia mengharapkan lebih banyak kejuaraan bersama juara Saudi itu.

    “Saya lapar, saya mahu bermain dan menunjukkan apa yang masih boleh saya lakukan di atas padang, terutamanya untuk meletakkan kelab di tempat yang sepatutnya, iaitu di puncak,” katanya dalam sidang media yang ringkas. – AFP

    Benzema menyapa orang ramai di stadium King Abdullah Sports City di Jeddah, baru-baru ini. – AFP
    Peminat menonton pertunjukan bunga api di stadium kelab Al-Ittihad di Jeddah, baru-baru ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...