Ahli-ahli Persatuan BGT eratkan silaturahim

Oleh Yusrin Junaidi

TEMBURONG, 27 DIS – Persatuan Bimmert Generation Team (BGT), kelmarin, telah mengadakan acara makan tengah hari sempena hujung tahun bersama ahli-ahli dan keluarga persatuan di Daerah Temburong.

Seramai 50 orang ahli yang mengikuti acara berkenaan yang diketuai oleh Presiden Persatuan BGT, Awang Mohd Saffri bin Haji Sinin dan Timbalan, Awang Mohd Kassim bin Latif.

Acara berkenaan merupakan acara tahunan persatuan sempena menutup tahun 2021 selain sebagai salah satu cara untuk mengeratkan hubungan ukhuwah dan silaturahim yang sihat antara ahli-ahli dan keluarga persatuan.

Acara dimulakan dengan makan tengah hari di Hotel Stoneville sebelum sesi bergambar ramai di Taman Rekreasi Hutan Bukit Patoi.

Sesi bergambar turut diadakan di Taman Rekreasi Hutan Bukit Patoi selepas majlis makan tengah hari.