Wednesday, February 8, 2023
31.8 C
Brunei

-

Ahli arkeologi Mesir temui bandar Rom purba

KAHERAH, MESIR, 24 JAN – Ahli arkeologi Mesir kelmarin berkata bahawa mereka telah menemui sebuah ‘bandar kediaman lengkap dari era Rom’ yang berusia 1,800 tahun di tengah-tengah bandar Luxor.

“Bandar berkenaan, sejak abad kedua dan ketiga, adalah bandar tertua dan paling penting yang ditemui di timur Luxor,” menurut Mostafa Waziri, ketua Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir.

“Ahli arkeologi menemui sebilangan bangunan kediaman, serta dua menara merpati (struktur yang digunakan untuk menempatkan burung merpati) dan sebilangan bengkel logam,” kata Waziri dalam satu kenyataan.

Di dalam bengkel, penyelidik menemui koleksi periuk, peralatan dan duit syiling gangsa dan tembaga Rom.

Ia adalah penemuan arkeologi yang jarang ditemui di Mesir, di mana penggalian termasuk di tebing barat Luxor, tempat terletaknya Lembah Ratu dan Lembah Raja-raja yang kebanyakannya adalah kuil dan makam.

Pada April 2021, pihak berkuasa mengumumkan penemuan ‘kota emas yang hilang’ berusia 3,000 tahun di tebing barat Luxor, dengan pasukan arkeologi memanggilnya ‘bandar purba terbesar’ yang pernah ditemui di Mesir. – AFP

Gambar edaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Antikuiti Mesir pada 24 Januari 2023 menunjukkan Mostafa Waziri, ketua Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir, memeriksa periuk yang ditemui di tapak penggalian ‘kota kediaman lengkap berusia 1,800 tahun dari era Rom’ di tengah-tengah bandar Luxor. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas Pesawat Boeing 737, 2 Juruterbang selamat

PERTH, AUSTRALIA, 7 FEB - Dua juruterbang terselamat, hanya cedera ringan selepas pesawat Boeing 737 yang dihantar untuk memadam kebakaran terhempas di Australia, kata...
- Advertisment -