Ahli arkeologi temui makam 2,000 tahun

KAHERAH, 2017 – Kementerian Antikuiti Mesir mengatakan ahli arkeologi menemui tiga makam bertarikh lebih 2,000 tahun lalu dari Zaman Ptolemaic.

Makam itu ditemui di wilayah Lembah Nil, Minya di selatan Kaherah, dalam kawasan dikenali sebagai al-Kamin al-Sahrawi.

Kenyataan kementerian menjelaskan penggalian makam batu dan serpihan tanah liat mencadangkan kawasan itu adalah sebuah nekropolis besar antara Dinasti ke-27 dan zaman Greco-Roman.

Salah sebuah keranda batu memunyai lembing ukiran pengebumian dalam batu dan membawa kepada ruang di mana penutup antropoid dan empat lagi makam bagi dua wanita dan dua lelaki ditemui.

Sebuah makam mengandungi dua ruang, sebuah daripadanya mempunyai enam lubang pengembumian, termasuk satu bagi kanak-kanak.