Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Ahli biologi AS terima Anugerah Puteri Asturias

    MADRID, 7 JUN – Tiga ahli biologi dari Amerika Syarikat (AS), Jeffrey Gordon, Peter Greenberg dan Bonnie Bassler telah menerima Anugerah Puteri Asturias Sepanyol bagi Penyelidikan Saintifik dan Teknikal 2023 hari ini.

    Juri Anugerah Puteri Asturias berkata, ketiga-tiga mereka dipilih atas sumbangan mereka dalam penyelidikan peranan penting komuniti mikroorganisma dalam kehidupan di bumi.

    Panel itu berkata, Gordon telah ‘menerajui penemuan dan pemahaman mikrobiom manusia,’ iaitu jumlah yang besar dan kepelbagaian mikroorganisma yang hidup dalam badan dan yang memainkan peranan penting dalam kesihatan.

    Greenberg dan Bassler telah diiktiraf kerana kerja mereka dalam mendedahkan mekanisme komunikasi antara bakteria.

    Juri berkata, hasil kerja ketiga-tiga mereka adalah ‘membolehkan aplikasi terapeutik yang inovatif dan mencari rawatan baharu yang berkesan terhadap bakteria tahan antibiotik.’

    Gordon ialah profesor di jabatan Perubatan dan Kimia Biologi di Universiti Washington di Saint Louis, Mo.

    Bassler ialah pengerusi Jabatan Biologi Molekul Universiti Princeton dan Greenberg ialah profesor mikrobiologi di Universiti Washington di Seattle, Wa. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...