Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Ahli BP Guild beramal bersihkan tanah perkuburan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JAN – Beberapa orang ahli Persaudaraan Baden Powell (BP Guild), Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) berserta beberapa orang ahli Sukarelawan Belia Daerah Belait, baru-baru ini, telah membuat kerja amal iaitu aktiviti membersihkan kawasan Tanah Perkuburan An’Naim, Anduki, Daerah Belait.

    Aktiviti yang dijalankan pada 1 Januari itu juga diteruskan dengan majlis bacaan Surah Yasin dan tahlil dalam norma baharu semasa Fasa Awal Endemik dengan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

    Projek kerja amal berkenaan merupakan antara aktiviti yang dibuat dan disusun di sepanjang 2022 oleh BP Guild.

    Antara aktiviti-aktiviti yang disusun dan akan dilaksanakan adalah membuat kerja amal, aktiviti keagamaan dan mencari ruang serta peluang dalam aktiviti pertanian bagi sama-sama menyatukan di antara ahli-ahli BP Guild dengan masyarakat.

    Pada masa yang sama, menerusi kegiatan dan aktiviti yang disusun itu, ia dihasratkan untuk mengeratkan hubungan antara ahli BP Guild serta memberigakan lagi tujuan penubuhan BP Guild, PPNBD di negara ini.

    Ahli-ahli BP Guild berserta beberapa ahli Sukarelawan Belia Daerah Belait yang menyertai aktiviti memberikan kawasan Tanah Perkuburan An’Naim, Anduki pada 1 Januari lalu. – Gambar serahan BP Guild
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...