Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Ahli ekonomi Australia tidak mengaku bersalah

    YANGON, 12 OGOS – Seorang ahli ekonomi Australia yang ditahan oleh junta Myanmar mengaku tidak bersalah kerana melanggar akta rahsia rasmi era penjajah.

    Satu sumber rapat dengan kes itu mengatakan Sean Turnell bekerja sebagai penasihat kepada Aung San Suu Kyi, pemimpin awam Myanmar yang digulingkan, semasa ditahan sejurus rampasan kuasa pada Februari tahun lalu.

    Menurutnya, pada perbicaraan di mahkamah rahsia junta, Turnell berdepan hukuman penjara maksimum 14 tahun jika disabit bersalah.

    “Sean (Turnell) memberi keterangan di mahkamah semalam… dia mengaku tidak bersalah,” jelasnya, menambah Turnell sihat sahaja.

    Sejak kudeta, junta menahan ribuan penunjuk perasaan prodemokrasi, ramai daripadanya berdepan pertuduhan bermotifkan politik, yang dikecam oleh kumpulan hak asasi manusia.

    Butiran lanjut kesalahan Turnell belum lagi didedahkan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...