Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Ahli ekonomi gesa G20 daftar aset dunia

    PARIS, 19 APRIL – Ahli ekonomi terkemuka hari ini menggesa pemimpin G20 untuk mendaftarkan aset dunia bertujuan mengesan pengelak cukai yang boleh memberi tekanan kepada Rusia terhadap pencerobohan di Ukraine dengan mendedahkan kekayaan tersembunyi oligarki.

    Ahli ekonomi Amerika Syarikat (AS), Joseph Stiglitz dan Thomas Piketty dari Perancis antara mereka yang membuat gesaan itu dalam surat terbuka diterbitkan dalam akhbar The Guardian menjelang mesyuarat kewangan G20 pada Rabu.

    Berdasarkan perkembangan dalam perkongsian maklumat kewangan sejak beberapa tahun ini, ‘tiba masanya untuk pendaftaran aset global untuk menyasarkan kekayaan tersembunyi,’ menurut surat tersebut. Ia ditandatangani oleh ahli-ahli Suruhanjaya Bebas bagi Reformasi Pencukaian Korporat Antarabangsa, sebuah kumpulan pemikir.

    Kuasa barat telah melaksanakan siri sekatan keras ke atas Presiden Rusia, Vladimir Putin dan sekutunya sejak beliau melancarkan serangan ke atas Ukraine pada Februari.

    Mereka yang disasarkan termasuk jutawan yang juga pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich.

    Oligarki Rusia dianggarkan memiliki ‘sekurang-kurangnya AS$1 trilion kekayaan di luar negara, kebanyakannya disembunyikan dalam syarikat-syarikat luar pesisir yang mana pemilik sebenar sukar disahkan,” menurut surat itu lagi.

    “Disebabkankekaburan ini, usaha negara-negara yang menyekatnya kini mula bertindak,” tambahnya.

    Dengan populasi mengalami kesan pandemik COVID, ‘pencerobohan Rusia telah memburukkan lagi keadaan,’ dengan peningkatan harga dan ketidakyakinan, kata surat itu.

    “Kita kini mempunyai peluang unik untuk melaku perkembangan mengenai pelaksanaan pendaftaran aset global untuk memutuskan rantaian syarikat dan hubungan semua jenis aset kepada pemilik sebenar mereka”. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...