Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli FAPW kunjungi Kg Tungku, Katok

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mac – Seramai 50 orang dari 14 buah negara termasuk Negara Brunei Darussalam yang terdiri dari ahli Friends of Asia Pacific World Association of Girl Guides dan Girl Scouts (FAPW) melalui Perhimpunan Agung kali ke-5 telah mengadakan lawatan ke Satu Kampung Satu Produk (1K1P) Majlis Perundingan Kampung Tungku dan Katok, hari ini.

    Dalam lawatan tersebut, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Penaung Diraja Sahabat Rantau Asia Pasifik, Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, berkenan berangkat menyertai lawatan tersebut.

    Lawatan rombongan ke perusahaan pemuliharaan lebah kelulut di Taman Lebah Kelulut Qana’ah itu dialu-alukan oleh Ketua Kampung Tungku dan Katok, Haji Ismail bin Haji Rajab bersama ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung dan Biro Wanita kampung berkenaan. Semasa dalam lawatan tersebut, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyaksikan beberapa aktiviti yang dirancang oleh MPK. Aktiviti yang dirancang ini antara lain bertujuan untuk memperkenalkan budaya dan adat resam masyarakat kampung di negara ini, selain menyaksikan pameran dan jualan hasil produk 1K1P MPK Kampung Tungku dan Katok seperti madu asli lebah kelulut.

    KDYTM Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencuba pembuatan kuih penyaram.
    KDYTM Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencuba pembuatan kuih penyaram.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda