Wednesday, June 7, 2023
27.9 C
Brunei

    -

    Ahli keluarga kanak-kanak mati didera juga berdepan tindakan

    KUCHING, 29 Jun – Ahli keluarga seorang kanak-kanak lelaki dari Felda Tenang, Hulu Besut, Terengganu yang meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh bapa tirinya turut berdepan tindakan jika didapati ada unsur pengabaian dalam kes tersebut.

    Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan pengabaian dan penderaan, sama ada ibu atau keluarga terdekat selain pelaku, akan turut didakwa.

    “Akta Kanak-kanak memang memberi hukuman berat, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Rumah Terbuka kementerian di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes kematian kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun 2 bulan awal pagi semalam.

    Datuk Seri Rohani Abdul Karim menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim pada Majlis Bersama Raikan Aidilfitri anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Dewan Undangan Negeri Lama, Petra Jaya hari ini. – Bernama
    Datuk Seri Rohani Abdul Karim menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim pada Majlis Bersama Raikan Aidilfitri anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Dewan Undangan Negeri Lama, Petra Jaya hari ini. – Bernama

    Rohani berkata di bawah Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016, pelaku boleh dikenakan denda  RM50,000 dan 20 tahun penjara bagi kesalahan mengikut Seksyen 31 iaitu mendera, mengabaikan dan menganiaya kanak-kanak.

    “Polis sedang menyiasat kes tersebut, selalunya apa-apa melibatkan kanak-kanak mereka (polis) akan menggunakan Akta Kanak-kanak.

    “Jika didapati ada unsur pengabaian, unsur dera dan sebagainya kita akan ambil tindakan…kita akan beri kerjasama dengan polis menjalankan siasatan dan pada masa yang sama jika diperlukan khidmat kaunseling akan turut diberikan kepada keluarga mangsa,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -