Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    Ahli khusus dapat pohon pengeluaran pada sesi konsultasi SPK

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan TAP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MEI – Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah membukakan sesi konsultasi Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) bagi ahli-ahli TAP yang berumur di bawah 50 tahun bermula kelmarin di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

    Sesi konsultasi kali ini adalah khusus bagi ahli yang berumur 50 tahun ke bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai anuiti bulanan yang akan diterima semasa bersara dan simpanan SPK ahli.

    Semasa sesi tersebut, ahli-ahli juga dapat membuat permohonan pengeluaran skim TAP (seperti pengeluaran TAP 50 tahun, TAP 55 tahun dan TAP Perumahan), pengeluaran SPK (seperti pengeluaran SPK 45 tahun, SPK 50 tahun, SPK 55 tahun dan SPK Perumahan) atau pengeluaran SCP 60 tahun.

    Ahli-ahli dinasihatkan untuk membawa dokumen-dokumen pengenalan asal serta maklumat akaun bank ahli. Bagi ahli yang ingin membuat permohonan TAP atau SPK Perumahan adalah dinasihatkan untuk membawa dokumen-dokumen yang berkenaan (senarai dokumen boleh dirujuk di laman sesawang www.tap.com.bn).

    Ahli-ahli yang berumur di bawah 50 tahun yang berhasrat hadir bolehlah datang secara walk-in.

    Manakala ahli-ahli yang berumur 50 tahun dan ke atas juga dialu-alukan untuk hadir dan membuat tempahan sesi konsultasi Silver Generation SPK dengan melayari pautan https://booking.tap.com.bn.

    Sesi konsultasi SPK berkenaan akan diadakan sehingga 30 Mei dan dibuka dari 8 pagi sehingga 4 petang pada setiap hari dan ditutup pada Jumaat dan Ahad.

    Di samping itu, bermula 20 Mei, pengguna-pengguna portal e-Amanah boleh mendapatkan penyata SPK yang memperlihatkan anggaran jumlah penerimaan anuiti bulanan SPK setelah bersara nanti.

    Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat untuk berurusan dengan TAP bolehlah menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382929 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel ask@tap.com.bn.

    Sesi konsultasi SPK bagi ahli-ahli TAP yang berumur di bawah 50 tahun yang bermula pada 20 Mei 2023 bertempat di ICC, Berakas.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -