OSLO, 8 OKT – Pemenang hadiah Keamanan Nobel 2021 diumumkan pada hari ini, penghargaan yang bertujuan untuk menghargai individu atau organisasi yang telah ‘melakukan pekerjaan paling banyak atau terbaik antara negara’.
Hadiah tahun lalu diberikan kepada Program Makanan Dunia, yang ditubuhkan pada tahun 1961 atas perintah Presiden AS, Dwight Eisenhower untuk mengatasi kebuluran di seluruh dunia. Agensi PBB yang berpusat di Roma dipuji kerana berusaha untuk mengakhiri kebuluran sebagai ‘senjata perang dan persengketaan’.
Isnin lalu, Jawatankuasa Nobel menganugerahkan hadiah dalam bidang fisiologi atau perubatan kepada saintis Amerika, David Julius dan Ardem Patapoutian kerana penemuan mereka tentang bagaimana tubuh manusia merasakan suhu dan sentuhan. Hadiah Nobel dalam bidang fizik pula dianugerahkan kepada tiga saintis yang menemui keteraturan dalam kecelaruan, membantu menerangkan dan meramal ilmu alam yang kompleks, termasuk memperluaskan pemahaman kita mengenai perubahan iklim.
Benjami List dan David W.C MacMillan dicalonkan sebagai pemenang Hadiah Nobel untuk bidang kimia kerana mencari cara yang lebih mudah dan mesra alam untuk membina molekul yang dapat digunakan untuk membuat ubat-ubatan dan racun perosak. Hadiah Nobel sastera pula dianugerahkan kepada penulis Tanzania di United Kingdom, Abdulrazak Gurnah, yang dikenali kerana ‘menyentuh tanpa kompromi dan secara mendalam pengaruh kolonialisme dan nasib pelarian’. – AP