Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli parlimen Britain beri lampu hijau

    LONDON, 18 Jan – Para ahli parlimen Britain telah memberikan kebenaran semalam bagi rang undang-undang penting Brexit selepas beberapa minggu perdebatan dan kekalahan kerajaan yang menjejaskan, namun perundangan kini menjadi perdebatan persaingan dalam dewan tertinggi.

    House of Commons mengundi dengan majoriti 29 untuk meluluskan rang undang-undang (Pengunduran) EU, yang memansuhkan undang-undang 1972 yang menjadikan Britain anggota Kesatuan Eropah dan memindahkan peraturan empat dekad EU ke buku statut.

    “Rang undang-undang ini penting untuk mempersiapkan negara bagi peristiwa penting pengunduran dari Kesatuan Eropah,” Setiausaha Brexit David Davis memberitahu para ahli parlimen sebelum pengundian.

    “Ia memastikan pada hari pertama, kita akan mempunyai buku statut yang berfungsi, memudahkan pengunduran lancar dan teratur yang dihasratkan oleh orang ramai, perniagaan di seluruh United Kingdom dan yang diberikan oleh kerajaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda