Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Ahli parlimen Britain didesak dedah laporan penuh Gray

    LONDON, 30 JAN – Ahli Parlimen Britain kelmarin menuntut hasil siasatan Laporan Gray berhubung majlis meraikan hari jadi Perdana Menteri Boris Johnson di Downing Street dalam tempoh larangan perhimpunan orang ramai diterbitkan dengan penuh.

    Tuntutan dibuat berikutan kegusaran maklumat penting berhubung kejadian itu cuba dirahsiakan. Ahli Parlimen parti Conservatif (Tory), Christopher Chope juga menuduh Polis Metropolitan yang menganggotai siasatan jenayah terhadap Perdana Menteri Boris Johnson, menyalahgunakan kuasa selepas meminta maklumat laporan itu disunting sementara menunggu hasil siasatan, lapor agensi Anadolu.

    “Saya tidak fikir ia adalah urusan mereka. Ini adalah siasatan Pejabat Kabinet dan keputusan telah disimpulkan, dan ia telah dikongsi – saya tidak tahu mengapa – dengan polis Metropolitan,” katanya dalam temu bual dengan program BBC Radio 4’s Today kelmarin.

    “Polis Metropolitan nampaknya mencampuri urusan berhubung isi kandungan laporan dan cuba menghalangnya daripada diterbitkan dalam bentuk tidak disunting. “Di bawah undang-undang yang terpakai di negara kita, ia bukan sub judice (kerana bukan kes dalam pertimbangan mahkamah) saya rasa polis Metropolitan menyalahgunakan kuasa dalam hal ini,” tambah Chope. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...