Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli parlimen Ranau maut dalam kemalangan

    KOTA KINABALU, 21 Mac – Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Johnny Samin maut apabila kereta pacuan empat roda yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Km 102.6 Jalan Ranau-Tamparuli dekat sini, awal pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Farhan Lee Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, Johnny, 55, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

    “Siasatan awal mendapati ketika kemalangan itu, Johnny dalam perjalanan dari Ranau menuju ke Kundasang, manakala lori berkenaan dari arah Kota Kinabalu menuju ke Tawau.

    “Kemalangan itu berlaku di kawasan selekoh meneruni bukit dan semasa kemalangan itu kenderaan yang dipandu Johnny dipercayai hilang kawalan lalu terbabas, sebelum bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan.

    Bagaimanapun, katanya, pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda