Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli parlimen Republikan AS cuba singkir Kevin

    WASHINGTON, 3 OKT – Seorang ahli parlimen sayap kanan jauh kelmarin meneruskan usahanya untuk menggulingkan Ketua Dewan Rakyat Amerika Syarikat (AS), Kevin McCarthy, dari jawatannya, mencetuskan konflik serius dalam parti Republikan ketika mereka berusaha untuk mengawal penyokong tegar bekas penyokong presiden, Donald Trump.

    Matt Gaetz, wakil rakyat dari Florida, menyampaikan resolusinya dari lantai Dewan Rakyat, kemudian memberitahu wartawan bahawa McCarthy ‘tidak lagi mendapat sokongannya dan Kevin tidak mempunyai sokongan yang mencukupi dari sebilangan besar Republikan untuk terus berkhidmat sebagai Speaker Republikan’.

    “Teruskan,” balas McCarthy dengan cepat di X.

    Resolusi itu, yang merupakan satu gerakan yang jarang berlaku memerlukan majoriti mudah untuk diluluskan, boleh memaksa pengundian dalam beberapa hari dan berlaku selepas McCarthy menjayakan perjanjian belanjawan terakhir dengan Demokrat pada hujung minggu untuk mengelakkan penutupan kerajaan buat sementara waktu.

    Gaetz telah bersumpah untuk membalas dendam sejak perjanjian itu dicapai.

    Wakil rakyat Florida dan penyokong setia Trump adalah tokoh utama dalam kumpulan kecil ahli penggubal undang-undang Republikan yang mencetuskan krisis penutupan kerajaan de-ngan menolak untuk menerima pembiayaan persekutuan baharu tanpa pemotongan belanja yang besar.

    Kumpulan itu juga menentang bantuan tambahan kepada Ukraine, dengan mengatakan wang tersebut lebih baik digunakan di AS untuk menangani pendatang haram. – AFP

    Kevin McCarthy bercakap kepada wartawan di Statuary Hall, Capitol AS. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda