Ahli pembangkang Belarus ditahan

MINSK, 8 SEPT – Salah seorang pemimpin pembangkang, Maria Kolesnikova telah ditahan selepas cuba untuk memasuki Ukraine, menurut pegawai sempadan hari ini.

Kolesnikova telah ditahan semasa cuba untuk memasuki Ukraine semalam dengan dua orang ahli dari Majlis Koordinasi pembangkang berjaya merentas masuk ke Ukraine, Anton Bychkovsky, seorang jurucakap bagi jawatankuasa sempadan negara, memberitahu AFP.

Dia dan dua lagi ahli majlis, setiausaha akbar, Anton Rodnenkov dan setiausaha eksekutif, Ivan Kravtsov, telah menghilangkan diri kelmarin.

Bychkovsky berkata Rodnenkov dan Kravtsov berjaya merentas masuk ke Ukraine, dan kedutaan Ukraine di Minsk mengesahkan kepada AFP bahawa mereka telah berada di negara itu.

Kolesnikova telah ditahan dan ‘siasatan sedang dijalankan untuk menilai keadaan secara sah,” kata Bychokovsky.

Gambar fail pemimpin pembangkang Maria Kolesnikova telah ditahan selepas cuba untuk memasuki Ukraine hari ini. – AP

Agensi berita negara itu, Belta menyebut bahawa pegawai sempadan berkata ketiga-tiga mereka cuba untuk merentas sempadan dengan menaiki kereta BMW kira-kira 4 petang hari ini.

Majlis Koordinasi telah ditubuhkan untuk memastikan peralihan kuasa yang aman selepas pesaing utama kepada presiden Alexander Lukashenko, Svetlana Tikhanvskaya menolak dakwaan telah memenangi pilihan raya presiden 9 Ogos dengan 80 peratus undi.

Perbalahan undian telah mencetuskan tunjuk perasaan yang berleluasa dan serbuan pihak polis yang keras telah menyaksikan ribuan orang telah ditahan.

Jerman dan Britain kelmarin telah menuntut jawapan selepas Kolesnikova menghilangkan diri dan sekutunya berkata dia telah melarikan diri dengan lelaki yang tidak dikenali.

Kolesnikova, 38, adalah salah seorang dari tiga wanita yang menentang kempen Tikhanovskaya untuk kekal di Belarus.

Tiikhanoskaya meninggalkan negara selepas menerima tekanan dari pihak berkuasa dan diberi perlindungan di negara EU, Lithuania, sementara rakan kempennya yang lain, Veronika Tsepkalo kini berada di Ukraine. – AFP